Baru2 ni aku ada nyatakn hasrat pada suamiku kalau aku nak buka bisnes semula tapi dia cakap tak cukup ke nafkah yang dia bagi kat aku

Salam semua. Aku dah 7 bulan kawin ngan duda anak 3. ( duda kematian bini 6 tahun lepas sebab melahirkan anak bongsu mereka) suami aku baik Alhamdulillah. Kerja ok, nafkah semua ok. Anak2 tiri pun sayang kat aku. Dan aku pun sayang sgt dekat mereka. Sebelum nikah aku ada bisnes saloon n beauty, dan tu bisnes aku dari umur 20 tahun sampai 30 tahun. Alhamdulillah aku dah rumah dan kereta hasil titik peluh sendiri. Aset simpanan pun ada lah sikit2 untuk dihari tua.

Suami aku gaji x bsar. Dalam 7k je. Blh lah cukup2 makan, apa anak2 dia nak semua aku utamakan dlu sebab aku sayang sgt kat anak2 dia. Suami bg aku nafkah kdg2 rm 300 je. Tu aku dah bersyukur sebab aku sebelum ni memang ada bisnes. Tp sejak ada covid 19. Aku dah stop bisnes saloon dan beauty sebab suami aku cakap dia risau bila aku berdepan dgn ramai org. Jd sejak bulan 3 haritu aku duk rumah jak. Tp aku ada lah bisnes dari rumah, aku pandai buat cake lapis sarawak so aku ada jual dan cod dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah sebulan ada lah untung dalam rm 6 ratus hga rm 700. Selain tu aku ada jg buat bisnes2 lain contohnya dropship dan macam2 lg. Baru2 ni aku ada nyatakn hasrat pada suamiku kalau aku nak buka bisnes semula tapi dia cakap tak cukup ke nafkah yang dia bagi kat aku? Aku cakap kat dia cukup je, sebab aku memang x membazir. Aku lg suka nenyimpan duit berbanding membeli belah. Aku nak kerja sebab aku memang dari dlu jenis dah biasa kerja.

Pastu suami aku cakap. Kerja dgn dia je. Jaga anak dia. Dia bg gaji rm 2k sebulan sebab sebelum ni bibik jaga dia bg gaji rm 1k untuk 3 org lgpun anak2 dia dah besar. Dah umur 10. 9 dan 6 tahun. Suami cakap jual je bisnes aku atau tutup je sebab dia risau aku kat luar. So aku fikir banyak kali tapi masih x dapat jawapan. Nak terus atau nak tutup terus. Tapi aku rasa aku nak duduk rumah je berbakti pada family memandangkan umur aku pun dah semakin tua. Pada pendapat korang? Nak berhenti atau teruskan kerja.? Dan untuk pengetahuan korang.

Sejak aku nikah dgn suami. Rumah yang aku beli dah beri sewa pada org dan aku duduk rumah suami. Sejak kami nikah rumah tu masih ada barang dan gambar2 arwah isteri dia. Tapi aku sikit pun tak cemburu malah aku bangga dapat suami yang setia dan aku faham sangat sebab anak2 tu masih rindukan arwah mak mereka. Aku x dapat nak ganti mak mereka. Tapi in sha Allah aku akan cuba jd mak yang terbaik untuk mereka. Mereka anak baik dan bijak. Aku pun dah plan taknak anak. Sebab aku nak mereka bertiga je jadi anak aku. Aku harap mereka sayang kat aku sampai aku mti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *