Baru2 ni bekas isteri suami dapat tahu suami dah kahwin dengan saya yang berkerjaya makin menjadi pula semua yang diminta.

Salam. tanggungjawah ayah kepada anak sampai anak umur 18 tahun atau sampai anak tu dah kahwin? suami ni duda. untuk anak dia sanggup berhabis padahal diri dia nak sara saya pun tak mampu.nafkah culas. anak suami dah 21 tahun. tapi selalu minta suami belikan itu ini untuk dia. anak masih belajar di IPT dan tinggal dengan mak dia.

Baru ni bekas isteri suami dapat tahu suami dah kahwin dengan saya yang berkerjaya makin menjadi pula yang diminta. Anak tu makin kerap minta duit, itu ini ada masa saya tolong sebab saya jenis lembut. mudah org take advantage. saya kasihan suami saya sebab hanya saya tahu susah suami. ni anak dia minta seribu pula kat suami nak beli motor nak guna kerja.

Saya asalnya tak kisah tapi bila makin menjadi ni sampai kami bergaduh. suami pula maki saya. betul tak tindakan sy nak cerai ngan suami. Perkahwinan kami baru lagi. tapi saya nak suami faham tanggungjawab dia kat isteri juga. ni untuk anak dia sanggup berhabis tapi untuk isteri tak pernah dia ambil tahu.

kami pula berjauhan. Saya dah penat usaha untuk perkahwinan ni. saya tak halang dia bg nafkah kat anak tapi mana tempat saya sebagai isteri? betul ke tindakan saya minta cerai. walau saya ni dah ada kerja tetap, ada rumah, ada segalanya tapi tak bermaksud suami boleh lepas tangan. asyik saya yang mengalah dengan suami. kalau dia marah seminggu dia boleh abaikan tak call saya, block saya.

Jenis tak boleh ditegur. dengan kerja tak tetap. saya boleh hidup susah dgn dia kalau dia jenis sedar diri. ni asyik ikut permintaan anak saya pula terabai. macam mana ye nak bagi suami sedar. isu anak sensitif saya pun ada seorang anak sek ren tapi tidak pula saya ajar anak bermewah.buntu min

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *