Banyak kali saya bincang sampai tidur pun asing alasan anak sedangkan puas sudah saya cakap masuk bilik tidur kadang dah tarik tangan pun tak bangun saya ada anak kecik buat saya macam  gundik dia

Salam min,tolong hidekan profil saya. Saya  tak ada tempat nak mengadu. Saya cuma meluahkan di sini.Saya suri rumah full time. Perkahwinan kami menghampiri 20 thn dan! ada anak 7.  Saya tak tahu berapa lama blh bertahan dengan perangai suami saya. Suami saya sgt rajin bekerja sampaikan masa dengan kami dan anak2 terbatas. suami bekerja bercampur perempuan, laki.

saya tahu suami saya masih galok, jumpa mana2 perempuan lebh2 lagi kl yang muda dan cantik, gatalnya menjadi2.
kadang dia kacau2lah perempuan tu. kadang ada dia msg2 dengan perempuan tu tapi semua hal keje katanya, kadang2 saya terbaca msg suami sebab dia lupa padam msg, daring sikit berbalas mesej. macam ayat mengayat dan saya ada cakap dengan suami jangan macam tu.

Nak kerja, betul2lah buat kerje tapi suami cakap suka2 je kacau tak ada niat apa pun. suka2? dia je yang suka tp saya tak suka. Yang girl2 tu kemain gatal juga. Tepuk sebelah tangan tak jadi juga, ada tu dh berlaki pun. Yang single lglah mengelitis gatalnya. teruk betul perangai perempuan yang bekerja sekarang (bukan semua ye.) macam tak tahu malu, tak ada maruah diri, dah tahu laki orang lagi nak ganggu.

yang dah berlaki pun boleh tahan gatalnya. Niatlah sebab nak tolong suami, bukan mengatal atau menggoda suami orang.
Saya sudah penah sound girl tu jangan kacau suami saya tapi boleh pula girl tu cakap kalau dah jeles sangat simpan je tok laki tu kat rumah. Harap lepas ni girl tu rase plak apa yang saya rase, tak kena kat diri sendiri, tak tahu rase.. sebagai isteri dah tentulah saya cemburu lebih2 lagi saya memamg kuat cemburu

Mungkin saya suri rumah tu sebab senang2 je dia sakitkan hati saya. Tu yang saya nampak, yang tak nampak??wallahhualam, takkan saya kena ikut suami saya kemana dia pergikan. kenapelah laki saya suka sgt sakitkan hati, bila dh kawin dan saya dh jd milik dia sepenuhnya blh buat sesuka hati, blh anggap bende yang simple2 tu tak ada apa2 biasa2 aje.

Biasanya hal yang kecik dan remeh temehla permulaannya keruntuhan r/tangga, dia tak tahu  bertapa terlukanya hati saya. napelah dia tak faham isi hati saya,tak jaga hati saya. saya selalu fikir bukan2 pasal suami, fikir betul ke dia bekerja, cari rezeki untuk anak bini, bukanlah nak minta jd macam tu tp pangai dengan umurnya yang hampir setengah abad dh tak sesuai nak perangai macam tu.

Umur macam tu cuma fikirkan anak2 dan isteri je, duit bukan ada pun tp lagaknya macam berduit  dan macam perasan kalau ayat perempuan dia blh dapat. Banyak kali saya bincang dengan suami, jangan buat macam tu, tolong fikirkan saya dan anak2. Sedih sgt hati, saya sayangkan suami dan sayangkan hubungan ini, bukan senang nak sampai sejauh ni, bersusah payah bersama2  tp sampai hati dia buat saya macam tu.

Ye saya tahu saya banyak kurang, mungkin dh tak cantik, elemen dah lari, dia dah  tak suka, selera nak orang muda, saya dah tanya apa yang dia tak suka dengan saya, apa yang kurang, dia diam aje. saya nak cantikkan diri, dia pun tak ada duit, bg duit kat saya pun bila ada lebih je  tupun bukan tiap2 bulan sebab yang lain dia usaha settlekan semua, makan pun kadang tak cukup.

Baju pun jarang2 beli banyak yang orang bagi jelah, tu bab zahir, batin pun lbh kurang juga. dia rase nak, dia bg, kl tak nak buat tak tahu je. Tidur pun asing alasan anak. puas dah saya cakap masuk bilik tidur, kadang dah tarik tangan pun tak bangun (saya ada anak kecik) buat saya macam  gundik dia, datang bila perlu. Entahlah tak tahu nak luah kat sape. Tolonglah yang lain bg semangat, bg saya kekuatan. Otak dan hati saya dah penat, saya rase down. terima kasih admin siarkan..