Kisahnya dulu masa kami duduk dengan mil, banyak kali aku nampak suami aku ni masuk dalam bilik adik dia dan kadang aku tengok macam saja.

Salam warga KRT. Aku syak suami aku macam ada sesuatu dengan adik dia sendiri. Adik dia umur 19 tahun.

Kisahnya dulu masa kami duduk dengan mil, banyak kali aku nampak suami aku ni masuk dalam bilik adik dia dan kadang aku tengok macam saja.

Takda ketuk pintu, dia terus buka je pintu. Tah adik dia tengah tak pakai baju ke dalam bilik tu, tengah nak buka baju ke. Aku pernah tegur tapi dia cakap aku gil4, cemburu kan dia dengan adik dia.

Tak, aku bukan cemburu. Aku tau tu adik dia tapi tindakan dia tu macam tak manis.

Adik dia bukan kecil lagi, dah 19 tahun kot. Bila ada pindah pulak, suami aku ni hari2 nak balik rumah mak dia. Aku perasan bila balik mesti dia tanya adik perempuan dia ni.

Kalau adik dia ni takda, sekejap je la dia singgah. Kalau ada, kadang sampai ke malam. Kadang dia hantar aku balik, dia pergi balik rumah mak dia dan tidur disana. Ada je alasan barang tinggal la apa la.

Yang pelik kalau adiknya yang lain takda dirumah, tidak pulak dia nak tanya. Adiknya pula tiap kali kami datang, kadang berseluar pendek atas lutut, pakai singlet tanpa baju dalam. Baring kat ruang tamu terk4ngk4ng depan suami aku.

Aku pulak yang segan tengok, kadang ternampak private part dia. Suami aku macam tak bersalah, bukan nak tegur adik dia berpakaian camtu ke apa. Dia macam lagi suka tengok. Tapi tu kan adik kandung dia.

Lagi 1 aku perasan kalau kemana dia suka bawak adik dia keluar berdua dengan dia. Tak tau la kenapa hati aku kuat mengatakan mereka ni macam dah pernah buat sesuatu sebab tengok antara mereka macam dah takda malu.

Ke perasaan aku je? Aku pun ada abang juga tapi segan kot nak pakai camtu depan dia.