Aku diuji lagi bila mertua datang halau aku keluar siap cakap biarlah dia pem4l4s atau amik barang dia tetap anak aku.

Kisah aku berbeza dgn yang selalu ada. Aku bahagia dlu baru derita. Diawal perkahwinan sehingga anak kedua..l Apa yang aku nak semua dapat. Boleh dikatakan suami aku org yang rajin dan income pun masuk setiap hari.

Walaupun dia kerja kg saja tapi dia rajin usaha. Bahagia jangan cakap la. Tak Happy sgt. Dari masuk rumah sewa kosong tak ada apa smpi la lengkap serba serbi.

Tapi derita itu datang apabila aku mengandungkan anak ke 3. perubahan sikap suami aku mendadak sangat. Dia jatuh susah.. Helux nya kene tarik sebab tak bayar, kerja pun dah tak menentu.. Pendapatan yang selalu mencukupi dah kurang. Aku sabar.

Aku anggap semua tu ujian kecil buat kami.. Aku cuba untuk meringankan beban suami aku.. Aku meniaga goreng pisang tepi jalan.. Aku pikul tong gas sorang2 naik atas motor pergi tukar gas kosong..

Suami aku sikit pun tak membantu, malah jenguk gerai goreng pisang aku pun tak.. TAK apa lah aku mls nak ganngu dia.. Yang aku tau aku happy dapat duit berniaga tu hari2.. Tapi penat jangan ckp la sbb ke hulu ke hilir dgn urusan anak lagi..

Smua aku uruskan.. Suami aku? Tengok saja.. Kadang kluar lepak dgn kawan.. Aku tahu dia stress dgn kehilangan harta yang dia sayang tu.. Kenderaan yang buat dia cari makan selama ini. Tapi tu salah dia jga sbb tak pernah dgr nasihat aku untuk bayar bulanan.

Tak apa lah yang tu. Aku abaikan.. Aku nekad nak bantu ringankan beban dia.. Aku tak nak dia hari2 murung asyik memikirkan kerja apa nak buat. Hari demi hari smua kerja aku buat. Suami aku makin lama makin terjebak.

Bergaul dgn kawan yang tak ada masa depan, melepak, minum ketum, dan paling aku marah sekali bila dia mula mencuri. Curi getah dan swit. Patut la selalu bwa duit beli brg dapur. Bila tanya tak nak bagitahu.

Tapi Allah itu adil.. Dia tnjuk dekat aku yang suami aku buat kerja salah.. Dah puas aku nasihat supaya berhenti dari buat kerja salah tu.. Nak bela anak2 perlukan rezeki yang berkat.. Malangnya sikit pun dia tak endah kan nasihat aku.

Makin lama makin liar. Mula bergaul dgn org yang ambil barang. Sedih Allah yang tahu.. Sentiasa ada saja peluang nk menipu aku.. Tapi aku tak marah. Tak guna nak marah memekik.. Yang aku tahu aku sentiasa berdoa.

Andai dia buat salah blkg aku. Tnjuk kan.. Mmg Allah tu penyayang. Stiap kali doa aku.. Mesti Allah buktikan pada aku. Aku masih bersabar.

Kerana sayangkan dia.. Aku start bekerja biasa di pasaraya. Niat masih sama nak ringan kan beban suami. 8 tahun aku sara barang dapur.. Keperluan sekolah anak tiap2 tahun, yuran..malah persiapan raya pun aku juga yang perlengkapan dari atas smpi bawah.

Anak2 aku hapy.. Sbb ibu beli baju raya kasut baru baju baru.. Tapi anak2 tak tahu betapa penat aku bekerja mencari rezeki.. Suami aku tak pernah mnta duit aku.. Tapi sikapnya kelamaan makin malas.. Dah biasa agaknya bila isteri menanggung smua.

Ibarat aku ni.. Ktua kuarga dah.. Anak lagi aku pikul.. Pagi buta pukul 5 dah bangun siap masak, siap anak nak ke sekolah.. Pukul 7 hantar anak.. Terus pergi ke pekan pula untuk cari rezeki tambahan ambil upah meniaga ikan.. Dapat la upah rm25 sehari.

Seronok sbb dapat beli brg dapur hari2.. Tapi sedih bukan kepalang bila suami sndiri dah jadi macan bi4w4k hidup. Semua benda nak kene sara. Gigihnya aku mencari rezeki untuk menyara anak dan suami.

Harapan aku suami akan berubah bila melihat kesungguhan aku nak bantu dia. Tapi jauh skli pemikiran aku. Dapat anak 4. Ingatkan dia nak berubah lagi. Malah makin teruk.. Dalam pantang anak ke 4 dia tolak aku hanya kerana aku marahkan dia main jvdi nasib la aku tak bleeding masa tu..

Tapi aku sabar lagi demi anak2. Sekarang ank yang kcik dah berusia 4 tahun. Makin bnyak dugaan aku. Bil air rumah kena potong. Bil api dah melambung tinggi hanya tunggu masa nak kena potong juga.

Aku juai emas yang aku ada aku belikan kereta buruk untuk suami aku supaya mudah dia nak buat kerja. Tapi malangnya dia tak gunakan dgn baik. Habis rosak tersadai. Sampai nak tukar mnyak hitam pun dia tak reti.

Bukan tak reti malas nak cari modal 100 nak tukar minyak hitam selagi aku tak bagi. Aku beli pula motor baru untuk mudah hantar anak sekolah. Dia guna juga sampai rosak.. Malah tak bantu aku sekupang pun nak bayar bulanan.

Sampai la tersadai juga akhirnya dua kenderaan tu. Anak aku tak ke sekolah untuk tempah beberapa lama.. Aku nekad nak usaha beli motor baru lagi sbb nak anak aku pergi sekolah tak nak mereka ketinggalan pembelajaran.

Tapi sjk aku beli motor baru aku dah start berkeras hati tak nak bagi suami guna dah. Aku dah anggap dia tak ada dlm hidup aku krn menyusahkan aku slama ni.. TAK menghargai usaha dan pengorbanan aku.

Aku diuji lagi bila mertua masuk campur Mertua halau aku keluar rumah hanya kerana aku tegur kesilapan anak dia supaya berubah. Mertua cakap.. “Buruk2 anak aku tetap anak aku. Biarlah dia pemalas ke dia amik brg ke. Dia tetap anak aku.

Kluar dari rumah ni angkut smua barang mu..” Dia menjerit luar rumah. Dia desak suami saya ceraikan saya. Dia malukan saya satu kg dgn jeritan dia.. Yea saya mengaku saya dah tak layan b4tin dia.. Mak mertua marah hanya krn saya tak tidor skli dgn anak dia.

Emm mcm mana saya nak paksa diri saya tidor dgn dia sedangkan hati saya dah tak ikhlas.. Saya tahu hukum dosa tapi hati dah tak kuat nak hadap suami. Rasa benci yang teramat sgt. Skrg saya nekad nak kluar dari hidup dia.

Disaat saya dah  kering hati masa ini lah suami saya merayu rayu supaya jangan tinggalkan dia.. Dgn alasan sayangkan anak dan kesian kan anak.. Aku berdoa supaya allah permudahkan urusan aku..pendek kata kisah derita 8 tahun masih mampu aku sabar.

namun kini aku nekad nak teruskan perpisahan .. Aku nak bhgia dgn 4 org anak2 aku yang comel..doa kan aku kuat nak mengharungi ujian ini.