2 minggu ni aku rasa aku diuji dengan perkara paling berat dalam hidup pada waktu raya ke7 haritu aku pinjam telefon bini aku nak send gambar raya dekat telegram

Assalamulaikum. KRT mohon share story saya. 2 minggu ni aku rasa aku diuji dengan perkara paling berat dalam hidup pada waktu raya ke7 haritu aku pinjam telefon bini aku nak send gambar raya dekat telegram.

Aku nampak ada nombor chat dia seawal 7pagi! tapi chat dah padam. aku tanya bini aku. Siapa ni? Dia kata member. Lepastu cepat² dia masuk toilet kata sakit perot nak telefon. Bila keluar aku mintak balik tapi chat tu dipadam. Aku dah syak.

Malam tu balik dari kg jam 2 pagi. Aku senyap² nak tengok phone dia. 9 tahun kawin aku xpernah cek lansung phone bini aku. Sebab aku percaya dia. Terkejut sangat ada password dekat telegram.

Dia terbangun meng4muk2 kata phone tu hak dia. Aku pegang tangan dia. Sayang abang nak tengok je. Tak salah jangan takot. Tapi dia mengamuk² sanggup gusti dengan aku.

Sampai anak aku menangis2 merayu² suruh stop tapi dia tetap nak phone tu. aku lempang dia sebab dah macam histeria mengamuk. Biasa tak melawan. Dia tetap berkeras xnak bagi. Dia kata itu hak dia. Kebetulan kak ipar ada dia dtg redakan keadaan. aku terpaksa bagi phone pada dia. Xnak jadikan isu.

Esok pagi bila aku ajak bincang. Dia kata chat kawan sekolah je. Aku cemburu buta katanya. Dia janji tak chat lagi. Tapi hari² aku solat hajat mintak Allah tunjuk. Satu pagi, aku terfikir nak cek col log dia dekat bill.

ada number yg bergayut lama banyak kali. Bila cek truecaller cari dekat FB terkejut sangat bukan kawan dia. Tapi lelaki tu imam masjid!!!

Aku jumpa j4nt4n tu tanya apa hubungan dia. Depan bini dia. Dia duk sibuk kata bini mengadu tersiksa aku sibuk. Aku cakap rumah tangga aku ok je. Dia kata lagi bini aku kata setahun asingkan bilik konon² dia nak bagi nasihat.

Padahal anak aku baru setahun. Celah mana tak tido boleh dapat anak? Cuma tiap malam aku pergi bilik sebelah untuk solat malam. Lepas sejam dua aku balik bilik semula. Rupanya dia ingat aku tak tido sekali. Padahal hari² aku doakan agar Allah ampunkan dosa dia.

Kami dah slow talk nak berbaik. Aku suruh dia cerita semua. Apa yang aku tak tahu. Aku mintak dia cerita apa yg dia nak aku berubah. Dia kata aku selalu outstation kerja. Dia bosan. Ok aku mintak bos jgn letak nama aku outstation lagi.

Padahal tiap minggu aku bawak pergi hotel jalan² ganti balik masa. Aku pun cakap apa aku nak dari dia.

Satu malam terjaga dan tergerak nak cek balik phone lama dia. Dekat folder telegram. Ya Allah!Hampir setiap masa dia chat dengan j4nt4n yang kononnya imam masjid. Setiap hari aku outstation diorang pergi dating!

Imam tu mengadu menyesal kawin dgn bini dia yang dah terlanjur. Tak cantik. Dia siap cakap bini aku cantik, dia geram tengok!  Siap gurau luc4h nak jumpa berapa lama sampai puas! Nak bawak tools tak jumpa nanti! Memang penungg4ng agama.

Bini aku pun b0d0 melayan! Tak sangka dari 2020 dah berhubung lepas tu putus kejap sambung balik. Telefon dia pun j4nt4n tu rasmikan. Apa dia nak buat semua tanya jant4n tu. Story dia hanya untuk j4nt4n tu tengok.

Aku dia hide!! Ya Allah sedih giler. aku tak taulah diorang dah tido sekali ke belum sebab ada sebut pasal hotel.

Bila tau aku mengamuk!
Bini aku boleh cakap kata
nak move on? Buat apa awak cari lagi? Rasa langsung macam tak bersalah! Aku cari rezeki untuk family tau. Aku kerja usaha siang malam, bawak grab balik kerja.

Duit lebih oustation aku belikan handbeg, dekat dia.Baju-baju untuk anak-anak. Sampai hati dia buat aku macam ni.

Ikutkan hati aku nak ceraikan jer. Sebab bila aku nak tiap malam tak bagi. Kata penat kerja. Xnak layan. Dengan j4nt4n tu siap cakap, tak sabar nak jumpa. Melilih air liur. bini aku siap hantar gambar pisang.

Aku tak tahulah nak ceraikan atau tak. Aku sayang kenangan sama-sama susah dulu. Aku xnak anak² aku merana sebab anak² rapat dengan dia. Dia kerja, aku pun kerja.

Cuma malam bawak grab sebab aku nak tokok lah belanja sebab bini aku kata penat kerja jadi hari² foodpanda je.

Rumah aku kemas sekali. Baju aku basuh. Lepas basuh aku pergi dry. Cuci dapor, laman, toilet semua aku buat. Tapi adakah layak aku terima semua ni hanya kerana aku sibuk cari rezeki lebih??

Aku jumpa FB fake akaun dia buat macam² dia kutuk aku. FB tu buat guna nombor j4nt4n tu. Hari² ada jer tak puas hati rupanya. Sedangkan setiap malam aku bersujud dan berdoa agar Allah ampunkan dosa dia.

Terima kasih Allah kerana kau uji aku dengan ujian yang sangat berat. Jika ujian ini kerana dosa-dosa aku redha dengan ketentuan mu. Terima kasih isteriku selingkuh lebih 3 tahun. Selama ini abang ingat
Rumah tangga kita baik² sahaja.

Abang sayang awak kerana Allah. Walau apa jua yang awak dah buat, abang tak akan lepaskan awak kerana abang sayang apa yang kita bina. Terima kasih untuk segalanya. Ya Allah ku pohon petunjuk darimu